Surprise Me!

TERKINI : KEPALA SURAT PALSU! "Semua Orang Boleh Buat" - Tun Mahathir

2019-04-23 1 Dailymotion

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan surat pembatalan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang tersebar hari ini dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Beliau sebaliknya menegaskan surat tersebut boleh dipalsukan oleh sesiapa sahaja.

“Sahkah? Sekarang ni semua orang boleh ambil kepala surat kerajaan, potong dan buat kepala surat (palsu). It’s not official,” katanya kepada pemberita.

Sebaliknya Perdana Menteri yang enggan mengulas lanjut isu projek itu memaklumkan bahawa kenyataan akan dikeluarkan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Diminta mengulas mengenai pengumuman Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tentang pembatalan projek tersebut pada Sabtu lalu, dan kenyataan yang mengelirukan, Tun M akui kerajaan baharu itu membuat kesilapan dalam mengeluarkan kenyataan namun tidak banyak seperti yang didakwa pelbagai pihak.

“Ada orang buat silap kadang-kadang. Ini kerajaan baharu, kesilapan kami belum banyak tapi orang tengok banyak sebab ini kerajaan baharu,”tambahnya.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Buy Now on CodeCanyon