SEMENYIH - Kebebasan berpolitik tidak menghalang sesebuah parti untuk melaksanakan apa-apa yang pernah dibantah ketika menjadi pembangkang selepas menjadi kerajaan.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Hasanuddin Mohd. Yunus berkata, beliau mengakui Pakatan Harapan (PH) mengkaji semula segala usaha dilakukan oleh kerajaan terdahulu yang dilihat mampu memberi keuntungan kepada negara.

Dengan memberikan contoh pemasangan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan saman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa, langkah itu katanya memenuhi maqasid syariah dalam Islam.

"Bila kami mula memerintah, kami kaji balik. Tengok balik keadaan realiti dan sebaliknya dan kami mengubah suai. Akhirnya apa yang kami buat ini menguntungkan negara dan ummah.

"Ia barangkali masa kami jadi pembangkang kami membantah dan sebagainya. Ada yang kami bantah tidak ikut apa yang sepatutnya. Tapi kebebasan politik kami tidak bawa apa yang kami bangkang dahulu.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv