Surprise Me!

TERKINI : Banyak Inisiatif dan Bantuan Untuk Bumiputra - Waytha Moorthy

2019-04-23 3 Dailymotion

KUALA LUMPUR - Pelan Kemakmuran Bersama bukan sahaja akan membantu meningkatkan ekonomi kaum bumiputera malah turut memberi manfaat kepada kaum-kaum di Malaysia.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy, pelan tersebut bukan setakat agenda bumiputera sahaja sebaliknya akan dijadikan agenda nasional.

"Seperti yang kita lihat, ada sesetengah ahli politik mengenengahkan pandangan yang mengatakan orang Melayu rasa tergugat kerana taraf ekonomi mereka lebih rendah berbanding kaum lain.

"Jadi, di bawah pemerintahan kerajaan baharu, kami telah dan akan memberikan lebih banyak inisiatif baharu untuk membantu masyarakat bumiputera supaya lebih berdaya saing.

"Dalam masa yang sama, kerajaan juga akan terus membantu kaum-kaum yang terpinggir seperti India dan Orang Asli.

"Banyak inisiatif yang telah dirancang bagi membantu semua kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Perpaduan Demi Negara di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv

Buy Now on CodeCanyon