PUTRAJAYA - Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menjelaskan, mulai 15 Mac ini semua peniaga dan peruncit dibenarkan untuk mengenakan caj 20 sen ke atas beg biodegradasi yang dibekalkan kepada pembeli.

Beliau berkata, caj yang dikenakan adalah untuk menambung sebahagian kos pengeluaran beg plastik berkenaan yang selama ini ditanggung oleh peniaga.

“Bagi mengelakkan dari menanggung kos 20 sen ini, orang ramai boleh membawa beg sendiri apabila membeli-belah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khalid berkata demikian bagi menjelaskan kenyataannya kelmarin berhubung caj 20 sen bagi beg plastik diodegradasi itu yang digunakan oleh pengguna semasa membeli-belah.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv