Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tiba di perkarangan kompleks Mahkamah kira-kira 1.51 tengah hari tadi tampak tenang dan tidak lekang dengan senyuman kepada penyokong serta pengamal media.

Beliau yang memakai kemeja putih dan kot biru lengkap kemudian berhenti bagi sesi berdoa bersama-sama kumpulan penyokongnya kira-kira 50 orang.

Sejurus selepas doa diaminkan, Najib yang juga ditemani oleh anak lelakinya, Mohd Norashman kelihatan ceria.

Rata-rata penyokong Najib juga melaungkan ‘Hidup Najib’ dengan begitu kuat sehingga beliau sampai ke pintu lif menghala ke aras 5 Mahkamah Tinggi Jenayah 3.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv