KUALA LUMPUR – Empat kaedah utama akan digunakan kerajaan untuk mempertingkatkan jumlah usahawan wanita di negara ini.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohamad Redzuan berkata, kaedah itu diambil berdasarkan kajian Bank Dunia yang dimaklumkan kepada kerajaan.

Empat kaedah itu katanya, memperluaskan ruang dan peluang untuk mendapatkan dana; membantu mendapat pasaran yang lebih luas; mempromosi kejayaan usahawan wanita dan mendokong pembangunan usahawan wanita dalam teknologi digital.

“Apa sahaja inisiatif dan usaha yang diperkenalkan, teras paling utama, adalah memastikan ruang dan peluang memperoleh dana keusahawanan itu wujud dan boleh didapati dengan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Koperasi dan Francais Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), Ahmad Musadad Sulaiman.

Ahmad Musadad mewakili Mohamad Redzuan merasmikan pembukaan cawangan pertama Ar-Rahnu Komani dan Pelancaran Program Pembiayaan Khas Komani Untuk Golongan Usahawan Muda Wanita di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv