Sekiranya kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak pandai mengurus hutang negara, lebih baik serahkan semula kepada Barisan Nasional (BN), sinis Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Perdana Menteri itu berkata semasa pemerintahannya, kerajaan hanya mencatatkan hutang RM686 bilion sementara 11 bulan pemerintahan PH, hutang negara terus melonjak kepada RM777.1 bilion.

"Mereka nak salahkan kerajaan BN sahaja, saya nak beritahu mereka kalaulah bangang sangat, kalau tak reti ( tadbir) serahkan saja pada BN," katanya dalam ceramah umum 'Bossku' bersama masyarakat India di Bandar Ekar, Rantau.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv