Hasrat Gerakan untuk meletakkan bekas timbalan ketua menteri Sabah Raymond Tan sebagai calon parti itu pada pilihan raya kecil Sandakan tidak kesamapaian apabila dia meninggalkan parti itu dua hari lalu.<br /><br />Susulan itu, Presiden Gerakan Dominic Lau berkata parti itu tidak akan bertanding kerusi berkenaan kerana ketiadaan calon yang sesuai.<br /><br />Bercakap pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pagi ini, beliau berkata, Gerakan Sabah telah diarahkan untuk tidak berkempen membantu mana-mana parti atau calon bebas pada pilihan raya 11 Mei.