Berita gembira kepada peminat K-Pop Malaysia, khususnya kumpulan BTS, impian anda untuk menyaksikan persembahan kumpulan ikonik itu bakal menjadi kenyataan!

Ini kerana, menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihaknya dalam usaha untuk membawa masuk kumpulan tersebut ke Malaysia selewat-lewatnya pada 2020, sempena Tahun Melawat Malaysia.

Kata Syed Saddiq, beliau telah menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia, Tan Sri Tony Fernandes.

Industri hiburan mampu menjana ekonomi dalam kapasiti yang besar, dan dia juga memberitahu, dia mahu bersaing dengan negara Singapura yang menjadi hab hiburan di Asia Tenggara.

Potensi pelaburan akan berkurangan dan akan ketinggalan dalam potensi untuk menjana keuntungan.