Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, baru-baru ini dilaporkan berang dengan rombakan majlis eksekutif exco kerajaan negeri Johor dan dikatakan terfikir mahu meletak jawatan, menurut sumber.

Sumber itu berkata pengerusi Bersatu mendedahkan perkara berkenaan semasa mesyuarat kecemasan majlis tertinggi parti pada malam Isnin lalu.

"Beliau begitu kecewa dan terkejut kerana menteri besar baru (Dr Sahruddin Jamal) tidak mematuhi nasihatnya untuk mengekalkan barisan exco," kata sumber itu kepada Malaysiakini.