Seorang pakar ekonomi menasihatkan pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) supaya tidak membuat pengeluaran secara besar-besaran atau 'bank run' bagi memastikan insititusi umat Islam itu terus kukuh. <br /> Bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Noor Azlan Ghazali berkata, niat murni TH untuk membantu umat Islam menunaikan ibadah haji dan memperkasa ekonomi ummah harus dipertahankan. <br /><br /> Noor Azalan berkata, kerugian dialami TH bersifat sementara dan ia mampu bangkit semula memandangkan sistem pengurusannya berbeza dengan institusi kewangan lain.
