Rakyat Malaysia yang menganggur perlu mengambil pekerjaan dalam industri 3D (kotor, berbahaya dan sukar) daripada tidak mempunyai pekerjaan, kata Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang akhbar sempena sambutan Hari Pekerja 2019 hari ini, perdana menteri menegaskan bahawa berpendapatan rendah adalah pilihan yang lebih baik berbanding tidak mempunyai pendapatan.

"(Walaupun) gaji rendah, tetapi jika mereka tidak bekerja, mereka tidak ada apa-apa pendapatan. Jadi mereka mesti memilih. Sekurang-kurangnya jika mereka bekerja, mereka akan mendapat sesuatu," katanya kepada media persidangan di Putrajaya pagi ini.

Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan mengenai gaji rendah dalam pekerjaan 3D yang tidak menarik penglibatan rakyat Malaysia.

Dalam ucapannya sebelum ini, Mahathir berkata pekerja asing mengambil pekerjaan 3D kerana rakyat Malaysia tidak akan melakukannya.