Meskipun mendapat kritikan netizen, secara asasnya ramai memberi maklum balas positif yang mengagumkan berhubung cadangan kerajaan untuk membangunkan model kereta terbang, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof.

Beliau menyifatkan pembangunan kereta terbang merupakan satu lagi pencapaian kementerian itu dalam sektor aeroangkasa.

Jelasnya pembangunan kereta terbang bukanlah perkara baru, malah beberapa negara maju telah membinanya.

"Saya dijemput pada sesi pelancaran teksi terbang di Dubai, begitu juga Jepun melancarkan kenderaan terbang 2025.

"Idea begini dicetuskan dan ia boleh menggalakkan pembangunan dunia. Kita tidak mahu ketinggalan," katanya.

Mohd Redzuan menegaskan, Malaysia mempunyai kebolehan dan telah lama menerokai bidang aeroangkasa dan dikenali oleh negara dunia.