Menterinya, Yeo Bee Yin berkata kerajaan akan membentangkan Rang Undang-undang Perlindungan Alam Sekitar pada sesi parlimen hujung tahun ini bagi menggantikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 khusus untuk melaksanakan proses penguatkuasaan dan hukuman lebih berat kepada pesalah alam sekitar.

Menurutnya, penguatkuasaan dan hukuman akan dipertingkatkan lagi yang melakukan kesalahan tentang alam sekitar.

Yeo berkata penggubalan akta baharu itu memfokuskan terhadap peningkatan penguatkuasaan dan perundangan berbanding akta sedia ada yang disifatkan tidak mencukupi untuk mengawal pencemaran yang berlaku kini.

Mengulas lanjut beliau berkata, rang undang-undang itu yang kini masih di peringkat draf dan dijangka mampu menyelesaikan sebarang isu berkaitan pencemaran alam sekitar seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim.