Kerajaan sedang mengkaji cadangan pemberian subsidi tidak langsung kepada graduan dalam bentuk gaji dan elaun melalui majikan mereka bagi menggalakkan pengambilan pekerja tempatan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.<br /><br />Beliau berkata cadangan tersebut dibentangkan dalam mesyuarat khas Kabinet semalam yang membincangkan langkah mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing susulan keengganan rakyat tempatan bekerja dalam bidang tertentu.<br /><br />"Kita ada cadangan tetapi belum buat keputusan. Kita akan kaji sama ada kita ada wang cukup atau tidak," katanya pada sidang media selepas melancarkan platform e-dagang Commodities Global Trade Sdn Bhd, di sini hari ini.
