Surprise Me!

Perhimpunan dibuat sebelum Ramadan agar isu tidak tenggelam -UMMAH

2019-05-04 1 Dailymotion

Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sekali lagi menggerakkan orang ramai untuk turun berhimpun di ibu negara, kali ini bagi menyertai himpunan "mempertahankan kedaulatan Islam".

Perhimpunan yang dikatakan sudah mendapat kelulusan pihak beekuasa itu dijangka bermula pada jam 1.45 petang nanti dan dijadualkan berakhir sekitar jam 6 petang.

Ummah yang mengetuai himpunan itu akan bermula di Masjid Jamek selepas solat Zuhur dan akan berakhir di Sogo yang akan menghimpunkan kesemua pemimpin NGO dan parti politik terbabit.

Ia merupakan himpunan kedua dianjuran Ummah yang merupakan gabungan NGO-NGO Islam setelah kejayaan perhimpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) tahun lalu.

Program anjuran Ummah itu turut mendapat sokongan pemimpin Umno dan PAS yang telah menyatakan kesediaan untuk mengerahkan anggota parti masing-masing.

Menurut Kamaruzaman, perhimpunan diadakan sebelum bulan puasa agar isu ini tidak tenggelam dan diperjuangkan.

Buy Now on CodeCanyon