Surprise Me!

Buktikan PH kerajaan yang lebih baik - Guan Eng

2019-05-06 790 Dailymotion

Setelah mencipta sejarah pada pilihan raya umum ke-14 lalu, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng pada Ahad memberi amaran bahawa Pakatan Harapan (PH) harus terus membuktikan ia mampu menjadi sebuah kerajaan yang lebih baik.

Dalam ucapan dasarnya di Persidangan Kebangsaan DAP 2019 semalam, Lim berkata PH mesti menerima hakikat bahawa ramai rakyat Malaysia pada PRU14 mengundi untuk menyingkirkan "kleptokrat" dalam Barisan Nasional.

Pemimpin PH yang menghadiri persidangan yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam itu termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim, presiden Amanah Mohamad Sabu dan setiausaha agung Bersatu, Marzuki Yahya.

Lim berkata dalam melaksanakan tanggungjawabnya, PH harus menyediakan sistem pendidikan, pekerjaan dan peluang perniagaan untuk rakyat demi masa depan negara.

Beliau juga menggariskan cabaran dihadapi terutamanya mengenai naratif perpaduan nasional yang berhadapan anasir tidak bertanggungjawab yang mahu memecahbelah dan menggugat kerajaan PH melalui politik perkauman dan ekstremisme agama.

Tambah beliau, PH perlu membina sebuah naratif baru yang melangkaui bingkai perkauman untuk membawa rakyat Malaysia bersama-sama menyelesaikan masalah sebagai sebuah negara.

Buy Now on CodeCanyon