Sejak Sabtu, 25 orang Palestin termasuk dua wanita hamil dan dua bayi terkorban, manakala lebih 100 yang lain cedera akibat serangan udara Israel.

Keganasan memuncak di semenanjung itu apabila empat Palestin termasuk seorang remaja terbunuh dan 51 orang cedera selepas tentera Israel menyerang kubu Hamas pada Jumaat.

Lapor agensi berita Anadolu pada Ahad memetik pemimpin Hamas Ismail Haniyeh berkata ketenteraman di Semenanjung Gaza hanya boleh diwujudkan andai tindakan Israel menyerang penunjuk perasaan Palestin dapat dihentikan.

"Lebih banyak Israel menyerang bertambah kuat tindak balas penduduk Palestin.

"Ketenangan dapat dipulihkan hanya selepas menghentikan pencerobohan Israel terhadap Semenanjung Gaza dan melaksanakan gencatan senjata," tambahnya.

Ujarnya, rakyat Palestin yang dikepung di Semenanjung Gaza selama lebih 12 tahun hanya mahu menuntut hak mereka, sebagaimana termaktub dalam undang-undang dan konvensyen antarabangsa.

Video Kredit: Gaza TV News