Umno Sabah akan menentukan hala tuju politik di negeri itu setelah mendapat autonomi penuh daripada Umno Pusat pada hujung tahun ini.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin ketika berucap di hadapan 300 penduduk di Kampung Sim Sim, Sandakan malam tadi.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Stephen Wong pada 28 Mac lalu.

Calon DAP pada PRK Sandakan, Vivian Wong, yang merupakan anak bongsu Stephen bertanding menentang naib presiden PBS, Linda Tsen dan tiga calon bebas.

Tiga calon bebas itu adalah Hamzah Abdullah, Chia Siew Yong dan Sulaiman Abdul Samad.