Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin menggesa penggundi di Sandakan tidak mengundi calon DAP Vivian Wong, sebaliknya memberikan kemenangan kepada calon PBS Linda Tsen pada PRK Sandakan 11 Mei ini.<br /><br />Ini kerana, kata Bung Moktar, masa depan rakyat Sabah tidak harus ditentukan oleh parti dari luar Sabah.<br /><br />Bung Moktar membuat penampilan sulung ketika hadir berkempen di hadapan 300 penduduk di Kampung Sim Sim di Sandakan malam tadi.
