Arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu kepada pihak pengurusan, belum sampai ke bawah.

"Belum ada arahan lagi kepada peniaga, PBT pun tak keluarkan apa-apa arahan lagi kepada peniaga. Masih boleh niaga seperti biasa" kata Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah.

Pengusaha kedai makan atau restoran di negeri Kelantan boleh meneruskan aktiviti perniagaan mereka seperti biasa, kata Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah.

Menurutnya, ini kerana, arahan penutupan sementara kedai makan pada jam 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Kerajaan Negeri masih di peringkat awal.

"Arahan itu dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu kepada pihak pengurusan, belum sampai ke bawah.