Menurut Zunar, kartunis yang banyak mengkritik Kerajaan BN atas ketidakadilan dan kes 1MDB melalui lakaran kartunnya berkata dia akan terus tetap mengkritik dengan kerajaan sekarang.

Matlamatnya ialah untuk membantu membina negara setelah apa yang berlaku pada masa lalu.

Menurutnya, indikasi kebebasan bersuara padanya masih berlaku selagi perundangan dan akta masih berkuatkuasa.

Menurutnya apa yang berlaku sekarang ialah peralihan dari regim kepada kerajaan, ia merupakan perubahan besar yang tidak pernah dihadapi di Malaysia.

DIa memberitahu dia tidak mahu berkritis membabi buta kerana beban yang dilalui sebelum ini adalah besar dan harus diselesaikan oleh Kerajaan sekarang.

Tambahnya lagi, situasi politik itu harus ada reformasi dan tidak bergantung kepada pemusatan kuasa.