Umno membantu PBS dalam kempen PRK Sandakan atas dasar platform blok pembangkang, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Mohamad berkata seluruh pimpinan DAP sudah mengetahui bahawa kerjasama Umno dengan PAS akan membawa satu malapetaka buat survival parti itu, sebab itu mereka mahu memusnahkan kerjasama itu.

Mohamad berkata demikian pada sidang media selepas ceramah pemimpin bersama rakyat di Bandar Letat Jaya, Sandakan malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Umno Sabah Bung Moktar Radin dan Ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan.