Kerajaan telah mengemukakan surat penarikan diri penyertaan Malaysia ke Statut Rom kepada setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 29 April lalu.

“Pihak PBB akan mengeluarkan nama Malaysia dari senarai Negara-Negara Pihak Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa setelah pihak PBB melengkapkan prosedur penarikan diri Malaysia dari Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa,” kata Wisma Putra.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas beberapa pihak, termasuk Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia yang mempersoalkan kenapa Malaysia masih berada dalam senarainya.

Semalam dilaporkan semakan dalam laman web Koleksi Triti PBB, Malaysia masih lagi berada dalam senarai mahu menyertai Statut Rom ICC sejak ditandatangani pada 4 Mac 2019.