Dalam satu wawancara, ketika ditanya kemungkinan penggantinya selepas ini, Dr Mahathir Mohamad menjawab, apabila berundur dari jawatannya, Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan ia adalah muktamad. <br /><br />Menurutnya, penggantinya akan mentadbir cara tersendiri dan tidak perlu mengikut jejak langkahnya. <br /><br />Dr Mahathir juga berkata, tanggungjawabnya sekarang adalah menyedia dan memastikan negara berada dalam keadaan baik dan diambil alih oleh penggantinya.