Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengakui sokongan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) merosot kerana ketegasan kerajaan dalam memerangi perbuatan rasuah.

Dr Mahathir berkata terdapat kumpulan tertentu tidak lagi mendapat gaji ‘ekstra' daripada pihak tertentu yang mengamalkan korupsi.

"...di sini kita dapati orang ini sekarang ini tak dapat duit kerana gerakan antirasuah ini. Mereka marah kepada kerajaan...dulu boleh dapat, la (sekarang) ni tak boleh dapat.

"Jadi kita dapati sokongan merosot dalam kalangan kumpulan tertentu yang terkenal kerana mereka memang bukan hanya dapat gaji tetapi dapat gaji 'ekstra' daripada punca lain.

"Itulah sebahagian daripada sebabnya kita lihat undi kepada PH merosot," katanya dalam satu temu bual khas sempena setahun pemerintahan PH di Putrajaya.