Banyak pencapaian kerajaan PH dicapai meskipun janji-janji pilihan raya setahun lalu belum dapat dipenuhi semuanya, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Dalam wawancara khas bersama media sempena ulang tahun pertama pentadbiran PH hari ini, Mahathir berkata dalam situasi negara yang begitu mencabar, gabungan parti pemerintah itu tetap menunjukkan prestasi yang baik.

"Kami tidak akan menjerit sepanjang masa, tetapi ini pencapaiannya," katanya kepada wartawan di pejabatnya di Putrajaya pada Isnin.

"Saya fikir kita buat dengan baik memandangkan keadaan (negara ketika ini)," kata Mahathir, merujuk kepada hutang negara yang bernilai RM1 trilion dan kontrak projek mega yang dikaji semula.