Laporan daripada Mindef mendapati bekas Perdana Menteri dan mantan Menteri Pertahanan terlibat dalam kes pertukaran tanah.<br /><br />Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata berlaku isu penyalahgunaan kuasa sehingga menyebabkan kerugian besar mencecah lebih RM500 juta ringgit ketika era pemerintahan bekas Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan sebelum ini.<br /><br />Mohamad berkata demikian ketika Sidang Media selepas membentangkan Lapora Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung Pelaksanaan Projek Land Swap Kementerian Pertahanan di Dewan Negara siang tadi.
