Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim meluangkan masa membeli juadah berbuka puasa dan beramah mesra bersama rakyat di bazar Ramadan Muar, Johor pada Khamis.<br /><br />Orang ramai yang berkunjung ke bazar tersebut tidak menyangka kehadiran Tunku Ismail lantas tidak melepaskan peluang untuk berswafoto bersama.
