Surprise Me!

'Jangan biar Dr Zakir cakap sorang-sorang, tak boleh macam itu'

2019-05-11 5,434 Dailymotion

Pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik tidak boleh dibiarkan bersendirian di atas pentas tanpa ada pihak menjawab hujahnya, kata ahli akademik terkenal Mohamad Tajudin Mohamad Rasdi.

Profesor seni bina dari University College Sedaya International (UCSI) itu berkata, ucapan Zakir mesti dijawab dengan pemikiran kritikal oleh individu lain supaya penonton dapat menilai hujah kedua-dua pihak.

Mohamad Tajudin berkata, perkara itu penting sekiranya Zakir dibenarkan bercakap di universiti dalam negara ini.

"Perkara yang membimbangkan saya adalah apabila dia mula bercakap di universiti. Sudah tentu anda tidak boleh menghalangnya untuk berbuat demikian atas nama kebebasan.

"Jadi, biarlah dia bercakap tetapi ada perbincangan, jangan biarkan dia bercakap sahaja," katanya.

Mohamad Tajudin berkata demikian ketika menjadi panelis dalam forum "New Malaysia, olds politics" di Wisma Methodist di Kuala Lumpur hari ini.

"Universiti tidak boleh biarkan Zakir Naik mengatakan perkara tentang agama lain tanpa (diseimbangkan) pemikiran kritis yang lain," tambahnya.

Zakir yang berasal dari India dituduh pihak berkuasa di negara itu menyebarkan ucapan kebencian dan mencetuskan keganasan.

Pendakwah berusia 53 tahun itu kini memegang status Penduduk Tetap di Malaysia.

Beliau didakwa menyebarkan ajaran Islam radikal melalui saluran TV 'Peace TV' yang mempunyai kira-kira 200 juta penonton di seluruh dunia.

Bagaimanapun saluran TV berkenaan diharamkan di India.

Walaupun India membuat permintaan rasmi supaya Zakir diekstradisi, kerajaan Pakatan Harapan (PH) enggan berbuat demikian melainkan pendakwah itu melanggar undang-undang di negara ini.

Buy Now on CodeCanyon