Viral di media sosial video sekumpulan remaja membuli seorang lelaki warga emas di Sijangkang, Selangor, mengundang kemarahan warga netizen.

Dalam kejadian itu, sekumpulan remaja itu terutamanya remaja berbaju hitam merampas kopiah milik mangsa dan mengacah-acah nak menjatuhkan motosikal sebelum melepaskan motosikal itu sehingga terkena pada kaki mangsa.

Warga emas itu terpaksa mengangkat motosikalnya sendiri. Ketika mahu menghidup enjin motosikal, remaja yang sama membaling kotak ke arah mangsa, selain cuba meletakkan sampah di atas kepala mangsa.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mempersendakan mangsa dan langsung tidak menghormatinya sebagai orang tua.

Akibatnya, ahli keluarga mangsa bersama dengan penduduk kampung mencari remaja-remaja terbabit.