Kerajaan tidak menerima sebarang permohonan rasmi untuk mengubah status dokumen mengenai peristiwa rusuhan 13 Mei 1969, maklum Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin.

Itu hanya pandangan pihak tertentu yang mahu membuat permintaan tersebut, kata Muhyiddin pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, kelihatan beliau agak kurang berminat dengan permohonan sedemikian.

"Jadi apa pentingnya orang kata membangkitkan cerita-cerita lama. Itu sebagai pengajaran. Yang penting kita harus lakukan sekarang dan masa hadapan.

"PH ini sebagai sebuah kerajaan telah menjanjikan kita akan berlaku adil, saksama.

"Kita tidak mahu lihat negara kita kucar-kacir sebab isu perkauman, berkaitan soal agama. Ini kita harus jauhkan, sedikit sebanyak pengalaman lampau itu harus jadi batasan, supaya jangan berulang lagi," jelasnya.

Penasihat NGO Suaram Dr Kua Kia Soong dan Jurucakap Jawatankuasa 13 Mei, Tang Ah Chai menggesa kerajaan untuk mengubah status dokumen 13 Mei.