SHAH ALAM - Komuniti yang berada di sekitar Shah Alam, Selangor tidak perlu melangkah jauh untuk berbuka puasa dengan sajian masakan ala Arab kerana Best Western I-City Shah Alam menghidangkan Nasi Minyak dan Kambing Ala Ala Arab yang enak.<br /><br />Keenakan Nasi Minyak Ala Ala Arab yang dimasak dengan menggunakan beras mathi dan secubit rempah yang memberi perisa kelazatan nasi menepati citarasa pengunjung yang datang berbuka puasa di sini.
