Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata, rumahnya kini dipenuhi makanan susulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggariskan bahawa beliau, menteri sehingga setiausaha politik yang lain tidak boleh menerima hadiah melebihi RM500.

Malah katanya, ada juga pihak yang menghantar satu tan dodol kerumahnya sebagai hadiah.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di bangunan Perdana Putra hari ini.

9 Jun lalu Dr Mahthir mengumumkan kerajaan PH hanya menerima ‘hadiah' berupa bunga, makanan serta buah-buahan menerusi pelaksanaan dasar pemberian hadiah dan derma.

Polisi tersebut terpakai kepada anggota pentadbiran awam dengan melibatkan menteri sehingga setiausaha politik, namun buat masa sekarang, dasar itu hanya menumpukan terhadap penjawat awam.