Menempelak parti yang dikalahkan pada PRU14 lepas, Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad berkata apabila mendapat kuasa, mereka menyalahgunakannya tanpa had termasuk mencuri harta kerajaan dan rakyat.

Dr Mahathir berkata Bersatu adalah sebuah parti yang berkorban untuk bangsa dan negara, maka anggotanya akan menahan diri daripada membuat perkara yang akan memburukkan imej negara.

Beliau berkata hasil pengorbanan parti itu adalah menebus kembali negara yang sebelum ini digelar sebagai negara kleptokrasi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata kemenangan cemerlang PH di Sandakan adalah hasil sokongan padu parti di Sabah termasuk Parti Warisan Sabah (Warisan) walaupun tidak ramai yang keluar mengundi.

Beliau berkata kemenangan itu adalah kerana rakyat sedar PH adalah parti yang baik dengan pemimpinnya sanggup berkorban tanpa mengharap sesuatu.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa Bersatu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada Selasa.