Setelah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka, Ahli Parlimen DAP Labis Pang Hok Liong tampil menafikan memberi ceramah di Masjid Tenang Stesyen di Labis, Segamat Johor 10 Mei lalu.

Memetik Malaysiakini, Pang tidak membuat sebarang ucapan politik namun hanya berada di situ untuk mengagihkan bantuan tunai ke masjid dan surau sepanjang Labis bersempena dengan Ramadan.

Dan ucapannya itu hanya pengumuman agihan bantuan.

Tambahnya, pada awal dia menjalankan aktiviti tersebut di luar masjid, namun kemudian diajak masuk untuk berucap.

Beliau juga turut mempersoalkan adakah sesuatu yang salah dengan bukan Islam memberi sumbangkan kepada masjid?

Foto-foto program itu juga dikongsikan di Facebooknya.

Terdahulu, Sultan Johor murka terhadap Pang yang dikatakan mencabar kedudukan Islam.

Baginda dalam satu kenyataan hari ini bertitah kehadiran Pang di masjid telah menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan masyarakat Islam.

Menurut Sultan Ibrahim, ahli parlimen tersebut telah mencemarkan kesucian masjid dan mengancam kedudukan Islam, melanggar batas yang ditetapkan oleh raja, menyakiti perasaan orang Islam dan tidak beretika dan kasar.

Pang juga dikatakan tidak mematuhi pekeliling Majlis Agama Islam Johor.

Pekeliling itu menghalang semua ahli politik kecuali Menteri Besar dan exco urusan agama negeri daripada menyampaikan pidato untuk program rasmi di masjid.