Cadangan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap pihak yang gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dikemukakan dalam proses rundingan awam, kata menteri pendidikan.

Ia, kata Dr Maszlee Malik, bukan cadangan PTPTN untuk dilaksanakan dalam tempoh terdekat, lapor Berita Harian.

“Saya lihat apa yang PTPTN kemukakan ialah konsultasi awam. Mereka (PTPTN) inginkan pandangan orang ramai terhadap beberapa perkara.

“Itu (memperkenalkan semula sekatan terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman) bukan cadangan mereka (PTPTN).

“Cuma apabila wartawan tanya dia (Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan) macam itu... dia pergi jawab pula.

“Pada pandangan saya, PTPTN perlu beri penjelasan kepada media supaya tidak berlaku salah faham seperti itu,” beliau dipetik sebagai berkata pada sidang media selepas sebuah sekolah Tamil di Georgetown.