Kerajaan gagal menunaikan janji untuk menghapuskan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) susulan cadangan memperkenalkan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam tabung itu, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Jelas Abdul Hadi, cadangan tersebut sama sekali bercanggah dengan perjuangan Pakatan Harapan yang sebelum ini untuk meringankan bebanan rakyat termasuk kalangan orang muda.

Beliau berkata demikian pada sidang media di kediamannya selepas kuliah Jumaat di Masjid Rusila dpada Jumaat.

Semalam, PTPTN dilaporkan mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.