Arab Saudi memintas dua peluru berpandu balistik yang dilancarkan puak pemberontak Houthi dari Yemen ke negara itu di ruang udara Taif, pada Isnin, kata kedutaan Riyadh di Washington.

Memetik laporan media tempatan Arab, salah satu peluru berpandu itu sedang menuju ke Mekah sementara satu lagi ke Jeddah.

Bagaimanapun, pertahanan udara kerajaan dilaporkan berjaya memusnahkan peluru berpandu terbabit.

Namun, pergerakan Houthi di Iran menyangkal laporan itu.

Media Arab melaporkan bahawa komen rasmi Riyadh dijangka pada hari ini.

VIDEO: Sumber media Arab