Sebut sahaja 13 Mei , pasti ada yang tutup mulut kerana topik ini yang sensitif dan tabu khuatir ia akan membangkit ketidaksenangan di kalangan kaum Cina atau Melayu.

Namun ada segelintir yang mahu kebenaran diketahui, maka kisah sebenar apa yang berlaku harus dikorek semula agar mendapat pengadilan yang saksama.

Kali ini team KiniTV mendapatkan beberapa pandangan orang awam , adakah mereka perlu tahu lebih mendalam sejarah 13 Mei ini.

Rata-rata mereka yang kami temui berkata, sungguhpun kejadian 13 Mei merupakan tarikh bersejarah yang tidak boleh dipadam begitu sahaja, adalah tidak perlu untuk diungkit sejarah silam.

Mengungkit sejarah 50 tahun lepas, ini akan mencetuskan huru hara dan keharmonian akan sukar dikecapi untuk saling hidup di Malaysia.