Perpecahan orang Melayu dan Bumiputera bukan disebabkan oleh wujudnya banyak parti politik khususnya parti serpihan di negara ini.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Ibrahim Ali berkata perpecahan itu sebenarnya berpunca daripada kegagalan Umno dan Pas menyatupadukan orang Melayu di dalam dua parti terbesar itu sejak mula ditubuhkan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Putra Kali Pertama di Hotel Putra pada Rabu.

Ibrahim mengulas kritikan pelbagai pihak sejurus pendaftaran Putra diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 8 Mei lalu bahawa parti itu bakal memecahkan undi orang Melayu pada pilihan raya akan datang.

Pemimpin parti politik Melayu, ujar Ibrahim, tidak belajar daripada pilihan raya lalu apabila Pakatan Harapan (PH) berjaya membentuk kerajaan kerana orang Cina boleh bersatu dalam DAP.

Beliau melahirkan rasa terkilan apabila Umno dan Pas gagal mengembalikan kegemilangan mereka di mana suatu ketika dahulu orang Melayu bersatu dalam dua parti terbesar ini.