Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) Ibrahim Ali berkata parti itu memilih pendekatan mesra alam di antara Pakatan Harapan atau parti pembangkang.

Ibrahim mengulas pertanyaan pemberita berhubung Putra lebih mesra kepada PH ataupun Umno.

Namun, Ibrahim menegaskan bahawa Putra akan istiqamah secara tegas dan tidak akan apologetik dan bertolak-ansur berkenaan perkara pokok tentang kepentingan kaum Melayu dan Bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Putra Kali Pertama di Hotel Putra pada Rabu.