Menurut seorang saksi, mangsa suami isteri yang terkorban dari insiden, dia tidak sedap hati dan berkali-kali menelefon kawannya.

Dan kerisauanya terbukti, pasangan suami isteri itu yang berasal dari Indonesia, dijumpai di bawah struktur bangunan petang tadi.

Selepas beberapa jam penggalian di bawah struktur bangunan yang runtuh bersebelahan Terminal LRT Gombak, pihak penyelamat berjaya menemui 2 mayat warga Indonesia yang dilaporkan hilang dalam kejadian itu.

“Mereka ditemui berpelukan antara satu sama lain ketika saat akhir hidup mereka,” kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Nordin Pauzi.

Beliau berkata mayat pasangan suami isteri itu ditemui selepas operasi mencari dan menyelamat yang bermula jam 9.30 pagi.