Presiden Majlis Piawaian dan Pemodenan Industri Memandu Malaysia(MAPiM), Dato’ Haji Hanafi Mat Zin menyuarakan ketidakpuasan hati dengan pihak kerajaan yang dilihat memperlekehkan institut memandu.

Kenyataan tersebut dibuat setelah kerajaan memberikan tempoh 10 hari kepada institut memandu untuk mengeluarkan modul ‘e-learning’ bagi kursus lesen kenderaan pengangkutan awam(PSV) untuk kenderaan ‘e-hailing’.

“Kami tidak berpuas hati kerana kerajaan dilihat seperti memperlekehkan institut memandu dengan memberikan tempoh hanya 10 hari untuk kami keluarkan modul ‘e-learning’.”

“masa yang diberikan sangat singkat. Kalau nak membangunkan sistem sebegini, kami perlukan masa yang lebih panjang. Sekurang-kurangnya dua bulan,” ujarnya dalam satu sidang media di Hulu Langat.

Menurut Hanafi, tindakan kerajaan untuk menyerahkan pengurusan lesen tersebut kepada syarikat yang bukan institut memandu telah melanggar akta pengangkutan jalan 1987(kaedah-kaedah kenderaan motor(sekolah memandu) 1992).

“tiba-tiba kerajaan nak serahkan tugas yang telah kami lakukan selama lebih 20 tahun kepada syarikat yang bukan bertaraf institut memandu.”

“kebanyakan mereka adalah syarikat sendirian berhad dan tidak dilesenkan di bawah kaedah-kaedah kenderaan motor(sekolah memandu) 1992,” ujarnya lagi.

Sidang media dibuat untuk meminta kerajaan mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada syarikat ‘e-hailing’ kerana tidak mengikut peraturan dan mereka tidak mempunyai kelayakan untuk mengendalikan kursus tersebut.

“Kami meminta pihak berwajib seperti Menteri Pengangkutan dan Ketua Pengarah JPJ untuk menarik balik arahan tersebut supaya ia tidak melanggar mana undang-undang,” kata beliau kepada media.