Surprise Me!

Kecoh di bazar...cermin belakang dipecah, kereta ditendang

2019-05-25 1 Dailymotion

Video tular di media sosial memaparkan kekecohan berlaku di jalan hadapan Bazar Buluh Kubu pada 10.30 malam Khamis lalu.

Berdasarkan laporan polis, wanita yang memandu kereta Toyota Camry bersama adik dan dua anaknya itu mahu keluar daripada tempat letak kereta aras bawah sebuah pasaraya dekat sini.

Difahamkan, orang ramai memarahi wanita itu kerana dia menggunakan laluan yang sempit namun dia mengaku tidak sedar kemungkinan tindakannya itu menyebabkan pergeseran pada pejalan kaki atau gerai jualan di situ.

Ini menyebabkan dia diserang sekumpulan lelaki dipercayai peniaga dan pengunjung di kawasan itu.

Dia berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka ditendang dan dipukul dengan kayu serta besi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata seorang pemuda berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan itu.

Katanya, lelaki berkenaan dikehendaki membantu polis bagi merungkai kes khianat terhadap cermin kereta seorang wanita.

Kes ini disiasat mengikut seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), 506KK dan 427KK
, katanya.

Beliau turut menasihati pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memperlahankan kenderaan sekiranya melalui kawasan laluan pejalan kaki.

Kredit video: Media sosial

Buy Now on CodeCanyon