Bilik Pendengaran Tribunal Rayuan Persaingan ini diwujudkan selaras dengan fungsi Tribunal Rayuan Persaingan yang mempunyai bidang kuasa ekslusif untuk mengkaji semula apa-apa keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia di bawah seksyen 35, 39 dan 40 Akta Persaingan 2010.

Menurut Saifuddin, bilangan penyiasatan kes persaingan dapat diteruskan dan bertambah dari masa ke semasa.

Selama ini, TRP tidak mempunyai bilik pendengaran khas, dan terpaksa menyewa lokasi luar.

Diharap adanya bilik ini membantu pengurangan kos penyewaan.