Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan meneliti pemohonan Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia supaya kerajaan memberikan kuota khas sekurang-kurangnya 20 peratus kepada kontraktor Bumiputera untuk terlibat dalam kerja-kerja awam projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).<br /><br />"Kita ada tentukan supaya kontraktor tempatan dapat tempat tetapi sama ada mereka Bumiputera atau bukan Bumiputera belum ditentukan," katanya.<br /><br />Dr Mahathir berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kewangan Negara pada Isnin.