Masih ada segelintir majikan belum melaksanakan gaji minimum, kata Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran.

Kula Segaran meminta Exco Sumber Manusia setiap negeri untuk melipat gandakan pemeriksaan bagi pelaksanaan gaji minimum ini.

Beliau turut mencadangkan supaya Jabatan Tenaga Manusia membuka pusat latihan kemahiran selepas jam 5.30 petang bagi memenuhi keperluan melatih tenaga kerja sedia ada.

“Jika perkara ini berjaya dilaksanakan, ia dijangka mampu meningkatkan gaji sedia ada antara 10 dan 20 peratus,” katanya.

Kula Segaran berkata demikian pada sidang media selepas selepas Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) pada Isnin.