Kesemua 17 laporan polis dibuat terhadap seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat telekomunikasi termasuk dakwaan mencabul anaknya sendiri, sedang diteliti semula.

Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata memang terdapat beberapa kes yang diklasifikasikan sebagai 'tiada tindakan lanjut' (NFA) berikutan tidak cukup keterangan serta bukti.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Polis Diraja Malaysia sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 di Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan bekas CEO sebuah syarikat telekomunikasi ditahan minggu lalu selepas didakwa mencabul anak gadisnya.

Difahamkan, lelaki itu ditahan selepas bekas isterinya membuat sekurang-kurangnya 15 laporan polis sejak tahun 2015 iaitu selepas pasangan itu berpisah.

Bekas CEO itu ditahan di Balai Polis Hulu Kelang Khamis lalu selepas didakwa menceroboh masuk ke rumah bekas isterinya.