Enam puluh kontena mengandungi 3,000 metrik sampah plastik yang diseludup ke Malaysia akan dihantar kembali ke negara asal.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin mengumumkan perkara itu dalam operasi bersepadu di Pelabuhan Klang hari ini.

Yeo menambah, notis akan dihantar kepada syarikat logistik untuk mengembalikan sampah plastik ke tempat asal mereka dalam masa 14 hari.

Selain itu, Yeo menyifatkan pihak yang membantu menyeludup sisa plastik ke Malaysia sebagai pengkhianat kepada persekitaran alam.